Abang Abu's Column - You Plan, God Decides Print E-mail
Written by Emily Ng   
Friday, 11 July 2008

Image 

ENGLISH TRANSLATION 

 

Date of Publication:  1 Sept 2006

Publication: Berita Harian 

 

"We are only doing a small business. Not necessary for a lengthy business plan. It's a real waste of time".

These kind of talks are most often heard among the entrepreneurs of today. Creating business plans might be taken as something burdensome in view of the lack of time and financial means and is only seen as needed by large organizations only.

                If you are determined to be an entrepreneur, you must be far-sighted and have a vision. You must think big, start small (have big ambitions even though you are starting small). Here is where you need planning of the direction you want to take to arrive at your intended goals. The business plan could also act as a document when dealing with investors or venture capitalists.

                Actually, a business plan need not be thick and you need not elect a specialist or consultant to complete it. However, your job might be easier if you can refer to more experienced people.

                Every business plan should encompass

a)       Business type

b)       Market demand

c)       Competitive analysis

d)       Marketing strategies

e)       Management details

f)        Financial projections (Cash-flow)

No matter what planning you are making, you need to take note of these points:

a)       Long and short term goals

b)       A detailed business model

c)       Flexibility in implementation strategies

d)       Challenges and the way to overcome

The business plan might not come true 100%. The proposed details will change according to situations. With constant observations, a few adjustments can be made to ensure a smoother business experience to achieve the intended goals.

 

Do you know?

Someone without directions is like a boat without an oar. - Thomas Carlyle

 

 

This article is published with cooperation of The Young Entrepreneurs Network (YEN) and Singapore Malay Hall of Business and Entrepreneur (DPPMS)

 

MALAY TRANSLATION

 

Tarikh Terbit:  1 Sept 2006

Publisi: Berita Harian

Tajuk Berita: Anda rancang, Allah tentukan 

 

'KITA ni berniaga cara kecil-kecilan saja. Tak payah susah-susah nak buat business plan. Buang masa saja!'.

   Anggapan seperti ini biasa didengar di kalangan peniaga-peniaga kita. Ia mungkin dianggap sesuatu yang membebankan dari segi masa dan kewangan dan mungkin diperlukan oleh syarikat-syarikat besar sahaja. Jika anda bersungguh-sungguh menjadi usahawan, anda mesti berpandangan jauh dan ada wawasan. Anda mesti think big, start small (bercita-cita besar walaupun memulakan secara kecil-kecilan).

   Di sinilah perlunya perancangan hala tuju bagi mencapai matlamat yang anda tetapkan. Pelan perniagaan itu juga dapat bertindak sebagai asas untuk berurusan dengan para pelabur dan peminjam. Sebenarnya sesuatu pelan perniagaan tidak semestinya tebal dan anda tidak semestinya melantik seorang pakar atau konsultan untuk menyiapkannya. Namun, kerja anda lebih mudah jika anda dapat rujuk kepada orang-orang yang lebih berpengalaman.

   Setiap pelan perniagaan harus merangkumi:

    a) Bentuk perniagaan yang akan diceburi;
    b) Pasaran yang ingin di tembusi;
    c) Analisa pesaing dalam bidang yang serupa;
    d) Strategi pemasaran;
    e) Keperluan pengurusan dan kakitangan;
    f) Jangkaan pendapatan, perbelanjaan dan terutama sekali alir tunai(cash-flow) bulanan bagi jangka-masa sekurang-kurangnya setahun.

   Walau apa pun bentuk perancangan anda, ia harus mengambil kira ciri-ciri yang berikut:

    a) Matlamat jangka panjang dan pendek;
    b) Model perniagaan yang terperinci;
    c) Kelonggaran dalam cara-cara perlaksanaan;
    d) Hambatan-hambatan yang mungkin timbul dan cara mengatasinya;

    Jangkaan-jangkaan kewangan yang tidak terlalu optimis. Pelan perniagaan itu tidak semesti 100 peratus jadi nyata. Jangkaan-jangkaan yang dibuat akan berubah mengikut keadaan.

   Dengan pemantauan kerap, penyesuaian tertentu boleh diambil bagi memastikan perjalanan perniagaan akan terus bergerak menuju matlamat yang ditetapkan.

 
TAHUKAH ANDA?
Seorang yang tidak berhaluan adalah seperti kapal tanpa kemudi – Thomas Carlyle.

Rencana dengan kerjasama Rangkaian Usahawan Muda (Yen) Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS).
 


 
Joomla Templates and the Joomla Book